Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

NAFAS & MNFSB Rancakkan Industri Pembekalan Baja Subsidi

By 23 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

GURUN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengalu-alukan penyertaan syarikat pengilangan baja bagi merancakkan industri pembekalan baja di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, memuji Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui anak syarikatnya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) atas kejayaan syarikat tersebut menjalankan operasi kilang baja bertaraf dunia.

“NAFAS telah berjaya membekalkan baja yang berkualiti kepada para petani yang merupakan penyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan negara bagi sektor pertanian.

“Saya telah melihat sendiri bagaimana proses pembuatan baja dengan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi, ternyata kilang ini selayaknya mendapat sokongan dari kerajaan lebih-lebih lagi kilang MNFSB yang merupakan antara kilang baja sebatian terbesar di Malaysia.

MNFSB menjalankan aktiviti pengilangan baja dengan memproses pelbagai jenis baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Baja NPK tambahan di bawah SIPP dan SPRPB.

MNFSB menjalankan aktiviti pengilangan baja dengan memproses pelbagai jenis baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Baja NPK tambahan di bawah SIPP dan SPRPB.

“Wujudnya kilang seumpama ini sememangnya amat diperlukan kerajaan bagi penyediaan baja untuk kegunaan para petani mengikut skim baja subsidi memandang keupayaan kilang mengeluarkan kapasiti baja mencukupi bagi kira-kira 200,000 ahli peladang yang berdaftar dibawah skim baja subsidi,” katanya ketika lawatan kerjanya ke kilang tersebut, di sini semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB Abdul Halim Hamzah, para petani yang berdaftar sebagai ahli peladang dibekalkan baja subsidi sejak tahun 1979 bagi menggalakkan pesawah terus mengusahakan tanaman padi serta dapat membantu negara meningkatkan bekalan makanan.

“Gudang penyimpanan dan pengendalian baja mampu menyimpan hampir 50,000 metrik tan dalam satu masa serta kawalan kualiti yang berterusan dilakukan pada setiap jam,” katanya.

MNFSB merupakan syarikat usahasama NAFAS dan Petronas Chemicals Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. yang telah mula beroperasi pada tahun 2005 di Gurun, Kedah yang menjalankan aktiviti pengilangan baja dengan memproses pelbagai jenis baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Baja NPK Tambahan di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SPRPB).

-SH

Tinggalkan komen anda