Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perkhidmatan Gunting Rambut Dibenar Beroperasi Mulai 10 Jun

By 6 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.

“Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Ismail Sabri juga berkata bagi golongan yang berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan umur lain.

‚ÄúIni bagi mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana warga emas merupakan kumpulan umur¬†yang berisiko tinggi,‚ÄĚ katanya.

Beliau berkata bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir sama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.

‚ÄúSOP yang perlu dipatuhi termasuklah pemakaian pelindung muka¬†dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set¬†sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara kerusi tukang gunting perlulah¬†sekurang-kurangnya dua meter,‚ÄĚ katanya.

Ismail Sabri turut meminta pengusaha menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda