Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Persediaan SMJKC Chung Hwa Kota Bharu dalam Menghadapi Sesi Persekolahan PKPP

By 24 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Hampir tiga bulan masyarakat di negara ini terpaksa menghadapi detik sukar akibat daripada penularan pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Ekoran daripada itu, kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik tersebut dalam negara yang bermula pada 18 Mac 2020 secara berperingkat.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP, seluruh pusat pengajian tinggi dan sekolah terpaksa ditutup. Bagaimanapun kerajaan telah bersetuju untuk membuka kembali sesi persekolahan bermula hari ini 24 Jun 2020 setelah negara memasuki fasal Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun baru-baru ini.

Sesi persekolahan yang telah dibuka semula pada hari ini hanyalah melibatkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Peperiksaan Antarabangsa yang setara, sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini.

Susun atur kerusi meja antara pelajar juga telah dilaksanakan mengikut SOP.

Susun atur kerusi meja antara pelajar juga telah dilaksanakan mengikut SOP.

Menerusi hasil tinjauan yang dilakukan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hwa Kota Bharu, pihak sekolah telah melakukan persiapan yang rapi bagi memastikan pembelajaran dalam kelas akan mengikut SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Menurut pengetua sekolah, Ong Poh Poh, 54, persiapan amat penting bagi memastikan hari pertama persekolahan pada hari ini dapat berjalan lancar dengan tatacara normal baharu, penjarakan sosial yang ditetapkan serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) di setiap kelas diatur dengan sebaik yang mungkin

“Sebelum ini pihak sekolah ada memuat naik tatacara beserta SOP pembelajaran di sekolah sepanjang Pandemik Covid19 ini di semua media sosial rasmi milik sekolah bagi tujuan rujukan kepada para pelajar dan ibu bapa,” katanya ketika ditemui sempena persiapan menerima kembali pelajar, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan ibubapa dan guru SMJKC Chung Hwa, Terence Lee Min Fei, 47, berkata beliau amat yakin dan percaya dengan aspek keselamatan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan akan dapat memastikan para pelajar tidak terdedah kepada jangkitan COVID-19 dalam sesi persekolahan yang bermula pada hari ini.

Dianggarkan kira-kira 273 pelajar tingkatan lima dan enam telah memulakan sesi persekolahan di SMJK (C) Chung Hwa pada hari ini dengan 210 pelajar daripada tingkatan lima dan 63 pelajar daripada tingkatan enam.

-NAZ

Tinggalkan komen anda