Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Petronas Taja 370 Pelajar Cemerlang SPM 2019 dengan Pelaburan Lebih RM100 Juta

By 20 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan penajaan pendidikan kepada 370 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019┬áuntuk melanjutkan┬ápengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP), universiti tempatan┬ádan antarabangsa terkemuka dalam pelbagai bidang.

Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan itu, Farehana Hanapiah berkata di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), jumlah pelaburan untuk tahun ini bernilai lebih RM100 juta, dan merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat Petronas dalam bidang pendidikan.

“Ini adalah usaha yang dilaksanakan Petronas sejak┬á45 tahun lepas. Kami sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk memperkasakan masyarakat kita dalam memperbaiki┬átaraf hidup dan pengetahuan mereka, dengan tujuan untuk memperkaya kehidupan dan memacu negara menuju masa depan kukuh,” katanya dalam kenyataan┬ásemalam.

Petronas menerima lebih 10,000 permohonan penajaan dari seluruh Malaysia tahun ini dan proses pemilihan PESP dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian untuk semua calon yang disenarai pendek.

Sejak 1975, Petronas telah menaja kira-kira 37,000 pelajar Malaysia di bawah PESP dengan tajaan pendidikan bernilai lebih RM3.3 bilion ke Australia, Kanada, China, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, serta di UTP dan universiti tempatan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda