Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Politeknik Merlimau ke Arah Pengajian Norma Baharu

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin/PMM

MERLIMAU, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) giat membuat persiapan bagi menghadapi pembelajaran norma baharu yang akan bermula pada Ogos 2020 seperti saranan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia serta mengikut Prosedur Operasi Standard oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal, persiapan ini bukan sahaja melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar malah untuk untuk warga kerja yang hadir bekerja setiap hari.

Poster PMM mengenai norma baharu.

Poster PMM mengenai norma baharu.

“Terbaharu, pihak Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) telah bermurah hati menyumbang sejumlah 10 alat meter suhu kepada PMM. Alat ini amat penting untuk digunakan sebagai alat saringan suhu badan kepada setiap warga kerja yang hadir.

“Selain itu, semua jabatan akademik dan unit sedang rancak dalam persiapan bagi menghadapi semester baharu yang akan bermula pada Ogos 2020 seperti susun atur bilik kuliah bagi membolehkan hanya 50 peratus sahaja pelajar dalam satu-satu masa, penjarakan sosial, penyediaan cecair sanitasi tangan dan pelbagai lagi langkah yang sedang diambil,” ujarnya ketika ditemui.

Tambah beliau lagi, sebahagian pelajar akan hanya mengikuti pengajian secara dalam talian sepenuh masa iaitu bagi pelajar semester dua dan tiga, manakala bagi pelajar semester satu, empat dan lima akan berada di kampus dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka bagi aktiviti di bengkel, makmal dan studio.

“Saya berharap agar semua pelajar dan warga kerja PMM akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kebiasaan baharu ini sekali gus mengekalkan PMM antara institusi TVET yang melahirkan para graduan berkualiti di pasaran pekerjaan,” katanya.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda