Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pengoperasian Semula Taska Permata Legakan Ibu Bapa

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini telah melegakan kebanyakan golongan, khususnya golongan ibu bapa yang amat memerlukan perkhidmatan pengoperasian semula taska yang lama tertangguh akibat Pandemik COVID-19.

Sebanyak 64 daripada 67 buah taska Permata Keluarga yang berada di bawah pengendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah dibuka pada hari semalam, manakala tiga buah taska lagi yang berada di Kuala Berang dan Pengadang Baru tidak dapat memulakan operasi kerana mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan satu lagi taska di Pusat Transformasi Bandar (UTC) masih menunggu arahan untuk beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, melawat Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, melawat Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Kuala Terengganu.

Bilangan guru yang berkhidmat di seluruh taska Yayasan Pembangunan Keluarga Kuala Terengganu adalah sebanyak 818 orang termasuk pembantu, manakala jumlah kanak-kanak yang telah berdaftar di Yayasan Pembangunan Keluarga pada 2020 pula berjumlah 4, 400 orang dari 3, 561 keluarga.

Namun untuk hari semalam, cuma 718 orang kanak-kanak diterima masuk selepas perbincangan dan kata sepakat diambil dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut, terutamanya kepada ibu bapa yang perlu bekerja serentak dan tiada penjaga.

Guru-guru taska permata keluarga, Kuala Terengganu.

Guru-guru Taska Permata Keluarga, Kuala Terengganu.

“Bagi memastikan keselamatan anak-anak yang dihantar ke taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ini terjamin, aktiviti nyah kuman telah dilaksanakan pada 4 dan 5 Jun yang lalu serta semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan telah diikuti dengan baik,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

Beliau juga mengharapkan guru-guru dan pihak pengurusan taska tersebut dapat memberi penekanan terhadap aspek kebersihan di semua taska di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, katanya semasa membuat lawatan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat mengharapkan guru-guru dan pihak pengurusan taska dapat memberi penekanan terhadap aspek kebersihan di semua taska di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Hanafiah (kiri) mengharapkan guru-guru dan pihak pengurusan taska dapat memberi penekanan terhadap aspek kebersihan di semua taska bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

“Berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap penularan jangkitan COVID-19 ini, hanya 30 peratus sahaja ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka semalam,” menurut Pengurus Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Kuala Terengganu, Siti Soraya Yasin, 32.

Rata-rata ibu bapa dan pengusaha taska masih mengharap agar keadaan kembali kepada asal dan mereka dapat menghantar anak-anak mereka ke taska tanpa rasa bimbang akan kesihatan mereka.

-ii-

Tinggalkan komen anda