
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini, rakyat Malaysia dan wargaĀ asing yang masuk ke negara iniĀ perlu menanggung sendiri kos ujian saringan COVID-19 setibanya di Malaysia.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)Ā Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,Ā bagaimanapun, tiga kategori individu akan diberi pengecualian daripada membayar kos ujian itu termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) denganĀ Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dua lagi kategori ialah pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi dan pelajar yang pulang dari luar negara bagiĀ kali pertama sahaja,Ā dan perlu mengemukakan bukti pengajian.
āBagi tiga kategori ini, jika mereka telahĀ membayar caj ujian saringan sebelum keputusan pengecualian ini dibuat, mereka boleh menuntut semula caj daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).ā katanya pada sidang media harian hari ini.
Dilaporkan sebelum ini, cajĀ ujian saringan COVID-19 bagi warga Malaysia yang pulang ke negara ini, adalah antara RM30 hingga RM150 manakala warga asing pula dikenakan caj antara RM60 hingga RM250.
— BERNAMA