
Foto: Infografik Kementerian Kewangan Malaysia
PUTRAJAYA, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapanĀ sen manakala diesel pula naik sepuluh sen bagi tempoh 13Ā hingga 19Ā Jun 2020.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagiĀ RON97 ialah RM1.86, RON95Ā Ā (RM1.56) dan dieselĀ RM1.73.
Kenaikan harga tersebutĀ dipengaruhi harga minyak diproses yang semakin meningkatĀ selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.
— BERNAMA