Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tujuh Kes Baharu Dilapor, Tiada Penularan Tempatan Babitkan Warganegara

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysia hari ini mencatat kes COVID-19 satu angka, untukĀ dua hari berturut-turut denganĀ tiada kes penularan dalam negara melibatkan kalangan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan tujuh kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikanĀ jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 8,336Ā kes.

“Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala satu kes penularan di dalam negara melibatkan pekerja bukan warganegara (iaitu kes saringan untuk mula berkerja).

ā€œSukacita dimaklumkan bahawa hari ini, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia,ā€Ā katanyaĀ pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini semalam.

Beliau berkataĀ jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah 1,244 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Terdapat 281 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, yang merupakan jumlah discaj paling tinggi pernah dicatat setakat ini.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes, atauĀ 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

ā€œTiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal 117 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),ā€ katanya.

Mengulas mengenaiĀ tiada kes penularan dalam negara di kalangan warganegara, Dr Noor Hisham berkata pencapaian membanggakan itu merupakan hasil kejayaan pelbagai usaha menerusiĀ pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM)Ā menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara di kalangan warganegara dan membandingkannya dengan graf pemodelan COVID-19 seperti diramal Institut Kesihatan Negara (NIH) dan KKM.

ā€œNIH dan KKM mendapati iaĀ sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan itu (kawasan biru). Ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang diambil kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadapĀ prodesur operasi standard (SOP) dan saranan yang diberikan kerajaan,ā€ katanya.

JusteruĀ beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia dalam menjayakan pendekatan yang dijalankan kerajaan negara ini dalam membendung penularan jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun menurutnya masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes COVID-19 di kalangan masyarakat setempat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda