Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Yayasan Terengganu Tawar Diskaun Pinjaman 15 Peratus

By 23 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Yayasan Terengganu menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus daripada jumlah baki pinjaman pendidikan kepada peminjam, bagi meringankan beban mereka yang terkesan daripada segi pendapatan, akibat penularan COVID-19.

Pengarahnya Ishamudin Hashim berkata, tawaran itu akan dibuka selama lima bulan bermula Julai depan dan mampu memberi manfaat kepada 21,000 peminjam, termasuk 5,000 orang yang dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun beliau berkata, tawaran itu hanya boleh dinikmati oleh peminjam yang melunaskan bayaran secara sekali gus, bagi menggalakkan kutipan hutang pinjaman.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu bersetuju menawarkan diskaun pinjaman, selepas mendapati ada daripada mereka terkesan ekonomi kerana tidak dapat bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Untuk peminjam yang dikenakan tindakan undang-undang, mereka juga layak menikmati potongan sebanyak 15 peratus, tetapi ia hanya membabitkan baki pinjaman dan tidak termasuk kos yuran guaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda