Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PPPNP Peruntuk RM64.8 Juta bagi Skim Usahawan Agrotani

By 23 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) memperuntukkan sebanyak RM64.8 juta bagiĀ Skim Usahawan Agrotani sebagai usaha melahirkan lebih ramai lagi usahawan agrotani.

PPPNP dalam satu kenyataan hari ini berkata, peruntukan itu diperlukan bagi kos input pertanian dan elaun sara hidup pusingan permulaan bagi usaha tersebut yang bakalĀ mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Seramai 990 orang disasarkan menyertai skim tersebutĀ menerusi pelbagai projek yang kini dalam proses pelaksanaan di seluruh Perak antaranya Projek Pertanian Bandar yang dilaksanakan secara fertigasi melibatkan kawasan seluas 283 hektar di seluruh negeri membabitkan 140 usahawan.

“Selain itu, skim berkenaan turut melibatkan Skim Usahawan Pertanian Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV) di Lenggong yang berkeluasan 242 hektar untuk manfaat 400 peserta ladang kontrak bagi tanaman kontan,” kata perbadanan itu.

Turut dilaksanakan adalah Skim Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang di Kuala Kangsar denganĀ  keluasan 404 hektar khusus buat 200 graduan menganggur dan Skim Pertanian Nanas Perak seluas 57 hektar membabitkan 80 usahawan agrotani.

Skim berkenaan turut melibatkan Program Pembangunan Usahawan PPPNP melalui Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah dan Geran yang membabitkan 170 usahawan agrotani dalam bidang penternakan, perikanan, pertanian dan komersial asas tani.

Sementara itu, PPPNP berkata, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini mengadakan lawatan ke Perak Agrotourism Resort (PATRO) Sungai Galah, Tanjung Tualang, dekat sini, untuk menilai dan memacu semula industri pertanian serta agropelancongan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PATRO Sungai Galah yang dibangunkan dengan kosĀ pelaburan bernilai RM19 juta itu dilengkapi dengan 20 resort dan lapan fasiliti ‘tubecamp’.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda