Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

T.E.R.A.S Pemacu Misi Melakaku Maju Jaya

By 3 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka) 

MELAKA, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka yang berpaksikan ‘Melakaku Maju Jaya telah diadakan bertempat di ‘Ballroom Melaka International Trade Centre’ kelmarin.

Ketua mentari Melaka, Sulaiman Md Ali dalam ucapannya berkata hala tuju negeri Melaka merangkumi pelbagai aspek yang akan memacu Melaka menjadi negeri yang lebih maju, berteknologi hijau, pintar bahkan membawa Melaka lebih cemerlang dan seimbang, terus maju jaya, menuju negeri lestari.

“Akronim ‘T.E.R.A.S’ diilhamkan untuk menjadi abjad hikmat sebagai nadi kepada misi baharu negeri Melaka dalam menuju perjalanan untuk mencapai objektif yang dicanangkan.

“Huruf pertama dalam akronim misi ialah Teknologi. Seperti kita sedia maklum Melaka merupakan antara salah satu negeri yang mengamalkan dasar pandang maju ke hadapan. Teknologi dijadikan paksi kerana ingin diperluaskan lagi inisiatif pintar dan memperkasa data dalam agenda pembangunan negeri.

“Seterusnya ialah ‘Entrepreneurship‘. Kerajaan Melaka menyokong sepenuhnya dan memberi galakan kepada para peniaga khususnya rakyat tempatan bagi meningkatkan ekonomi agar mampu berdaya saing.

“Kemudian yang ketiga ialah Revolusi industri dan ekonomi. Kerajaan negeri Melaka mengambil langkah proaktif bagi merancakkan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelaburan berkonsepkan agro-industri, bioteknologi, industri 4.0, perusahaan industri digital dan industri perkhidmatan maritim. Selepas itu ialah Antarabangsa. Melaka sedia maklum dikenali di seluruh dunia kerana diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh ‘UNESCO’ pada 7 Julai 2008. Oleh demikian, industri pelancongan akan diperhebatkan lagi agar lebih berkualiti, unik serta bertaraf dunia.

“Seterusnya ialah Sejahtera. Langkah ini bertujuan menghidupkan persekitaran negeri menjadi yang terbersih, terindah, lestari, selamat, selesa, semangat dan nilai kekitaan (sense of belonging) serta ekonomi, yakni taraf hidup rakyat yang berkualiti, sejahtera dan lebih baik untuk didiami.

“Oleh itu, pelbagai pihak harus menggembleng tenaga, bersatu hati serta memainkan peranan masing masing agar segala misi yang dirancang menjadi kenyataan agar tidak hanya menjadi perkara yang sia-sia,” katanya lagi.IMG-20200703-WA0005

-KN

Tinggalkan komen anda