Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pembangunan Generasi Muda Keutamaan Kerajaan

By 8 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Pembangunan generasi muda dalam semua aspek pembangunan, termasuk yang berkaitan dengan modal insan, menjadi keutamaan kerajaan hari ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan melihat generasi muda sebagai generasi yang menentukan kelangsungan pembangunan masa kini dan perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, katanya kompetensi utama yang harus dibangunkan dalam pelaksanaan program pembangunan belia termasuklah kemahiran kepimpinan.

“Setiap belia harus memiliki ciri kepemimpinan yang baik. Paling kurang, belia harus mampu memimpin diri sendiri.

“Belia yang mampu memimpin diri sendiri bukan saja tidak menjerumuskan diri dengan kegiatan tidak sihat, sebaliknya akan menjadi rakyat yang patriotik dan mampu menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat menerusi budaya kemasyarakatan dan kesukarelaan yang tinggi,” katanya pada majlis penyerahan peserta Felo Perdana kepada ahli jemaah menteri bagi tahun ini, di sini hari ini.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda