
Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Nur Syafiq (Tampin)
TAMPIN, 30 Jun (Malaysiaaktif) ā Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi murid tadika dan pra-sekolah akan dibuka semula bermula 1 Julai 2020Ā dan pihak sekolah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pihak Tadika Embun Pagi di Taman Indah, di sini telah membuat persiapan awal bagi memulakan sesi persekolahan tersebut.
Menurut Pengelola Tadika Embun Pagi, Stella Pomani, semua murid perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sistem penggiliran kelas akan diatur mengikut umur masing-masing.
āBagi hari pertama sesi persekolahan, pihak tadika akan menerima seramai sembilan orang murid yang berumur enam tahun terlebih dahulu, kemudian pihak tadika akan melihat sejauh mana murid dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan akan membuat penambahbaikan jika perlu,” katanya.

Buku rekod yang disediakan oleh pihak tadika bagi mengambil maklumat dan suhu badan setiap guru, pelajar dan pelawat.
Tambah Stella, pihaknya turut membahagikan murid-murid kepada tiga kelas, di mana setiap kelas memuatkan empat ke enam orang murid bersama seorang guru berdasarkan keluasan kelas masing-masing.
āSelain itu, pihak tadika turut menyediakan tuala khas kepada setiap murid untuk membersihkan meja dan peralatan masing-masing sebelum memulakan dan mengakhiri sesi pembelajaran setiap hari.
“Dalam pada itu, bagi menjaga keselamatan antara murid dan guru, pihak tadika turut menyediakan bilik isolasi bagi mengasingkan murid yang bergejala seperti demam, batuk dan selesema sebelum dijemput oleh penjaga masing-masing, bilik tersebut akan dipantau oleh guru yang bertugas dan sepanjang tempoh pengasingan, murid yang bergejala dan guru yang bertugas tidak dibenarkan keluar dan berinteraksi dengan murid dan guru-guru lain.
“Bagi megelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan murid dan guru, pihak tadika turut mengambil inisiatif dengan membekalkan peralatan pelindung diri (PPE) kepada setiap guru yang bertugasĀ untuk dipakai sepanjang sesi pembelajaran dan bagi menjaga tahap kebersihan yang lebih optimum, pihak tadika akan sentiasa menjalankan sanitasi di sekitar tadika sekurang-kurangnya empat kali sehari terutamanya melibatkan kawasan kelas dan tandas,” katanya.
-AK