Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

COVID-19 : BriSK Sumbang PPE Bantu Pejuang Barisan Hadapan

By 6 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ismali Ishak/Asmeer Fadlee Nor Azahar (KKA)

ARAU, 6 Ogos (Malaysiaaktif)Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) mengambil inisiatif menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan anggota-anggota barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.

Menurut Pengerusi Yayasan UniMAP Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin projek ini merupakan kerjasama di antara Kolej Komunti Arau (KKA) dan Yayasan UniMAP dalam menghasilkan PPE sebagai tanda sokongan moral kepada para petugas barisan hadapan dan langkah perlindungan keselamatan bagi mengelakkan mereka terdedah secara langsung dengan virus ini.

“Seramai lima orang pelajar dari Program Fesyen dan Pakaian telah terlibat dalam Projek Jahitan PPE ini dengan bimbingan dan pemantauan oleh lima orang pensyarah.

“Projek ini dilaksanakan mengikut arahan dan syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan PPE, di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, pihak Yayasan UniMAP juga telah menyumbang kain non woven untuk kegunaan projek ini.

Pengerusi Yayasan UniMAP (tengah) mencuba PPE yang telah siap dijahit.

Pengerusi Yayasan UniMAP (tengah) mencuba PPE yang telah siap dijahit.

“Penghasilan 169 set PPE melalui CSR TVET ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa graduan KKA mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ini.

“Kemahiran yang dimiliki membolehkan mereka menjalankan perniagaan sendiri dan tidak bergantung kepada pihak lain selepas tamat belajar nanti,” ujarnya.

Kamarudin berkata, Projek CSR Jahitan PPE ini bukan sekadar aktiviti kesukarelawanan BriSK, tetapi juga merupakan pengalaman berharga kepada setiap pelajar yang menyertainya.

“Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan membangunkan graduan TVET berciri global serta melahirkan modal insan yang mempunyai sensitiviti terhadap keperluan masyarakat.

“Saya amat berharap kolej ini akan terus melaksanakan program CSR TVET kerana kemahiran yang diperolehi oleh para pelajar ini akan memberikan sejuta manfaat kepada komuniti setempat,” ujarnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda