Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rukun Negara Dihayati dalam Setiap Aspek Kehidupan

By 31 Ogos 2020September 18th, 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Foto JaPen

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Mengimbau sejarah 50 tahun yang lalu, detik hitam perbalahan antara kaum telah mewujudkan Rukun Negara sebagai agen penyatuan Nasional.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan bertitah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.

Baginda bertitah Rukun Negara dijadikan sebagai asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara bangsa.

“Rukun Negara menuntut sebuah begara bangsa yang dibentuk atas keteguhan pegangan agama yang kukuh, manakala rakyat pula dituntut untuk mencurahkantaat setia kepada raja yang menjadi payung dan lambang kedaulatan negara.

“Perlembagaan Persekutuan, termasuk semua perkara dan hak keistimewaan yang telah disepakati sebelum ini hendaklah dihormati dan dipertahankan,” titah baginda.

Baginda turut menuntut agar perpaduan rakyat berbilang kaum dibentuk menerusi budaya sopan santun serta hormat menghormati dan disulami dengan nilai-nilai murni.

“Prinsip-prinsip teras Rukun Negara adalah bersifat sejagat merentasi nilai-nilai murni semua bangsa dan agama, yang berupaya menyuluh laluan rakyat Malaysia dalam amalan hidup sebagai sebuah negara merdeka.

“Roh dan semangat Rukun Negara hendaklah dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan seharian,” titah baginda.

Tinggalkan komen anda