Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Petronas Edar 2,500 Pelitup Muka Kepada Peniaga Tamu Sangadau

By 7 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Len/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Petronas menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengedarkan 2,500 pelitup muka kepada para peniaga di Tamu Sangadau, di sini semalam.

Wakil Rakan Niaga Petronas Donggongon II, Ahmad Leong, berkata program dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu diadakan sebagai memenuhi komitmen dan tanggungjawab berterusan Petronas dalam membantu kesejahteraan masyarakat setempat.

“Setiap stesen di seluruh negara digalakkan melaksanakan program CSR untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

“Memandangkan kita masih menghadapi pandemik COVID-19, kami memutuskan memberi pelitup muka secara percuma kepada 250 orang peniaga di Tamu Sangadau yang beroperasi berhampiran dengan premis kami dan turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia,” katanya.

Seorang peniaga tempatan, Azizah Abdullah, 42, menyambut baik langkah syarikat cari gali minyak tersebut dalam memberikan pelitup muka secara percuma sebagai tanda galakan kepada para peniaga dalam menjalankan semula aktiviti perniagaan.

Azizah menzahirkan rasa terima kasih atas bantuan-bantuan kerajaan.

Azizah menzahirkan rasa terima kasih atas bantuan-bantuan kerajaan.

Beliau yang berasal dari Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan memberitahu, bantuan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak membantu golongan peniaga yang terjejas sepertinya.

“Bantuan Prihatin Nasional B40 sebanyak RM1,600 dan Bantuan Sara Hidup dapat mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” ujarnya yang telah berniaga selama lima tahun di Donggongon.

Seorang penyelia Penjaja dan Komuniti Tamu Sangadau, Amir Ibrahim Matasan, memberitahu pihaknya menggunakan alat pembesar suara bagi membuat hebahan berkenaan dengan penjarakan fizikal pada kadar selang 15 minit sebagai ingatan agar pengunjung sentiasa berhati-hati.

“Dianggarkan seramai 2,000 orang pengunjung datang ke tamu ini dan oleh itu kami menekankan agar langkah berjaga-jaga seperti sentiasa pemakaian pelitup muka ketika berurusan di kawasan tamu,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda