Skip to main content
Berita TimurTerengganu

JPN Sedia Mod Bayaran Tambahan ePayment

By 23 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan kemudahan ePayment di Jabatan Pendaftaran Terengganu merupakan satu usaha kerajaan untuk menyediakan tambahan mod bayaran melalui penggunaan kad debit dan kad kredit dalam urusan pembayaran di kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Ruslin Jusoh, berkata pelaksanaan ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan isu ketirisan, rasuah dan kehilangan wang hasil di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Ruslin Jusoh ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Ruslin Jusoh ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Kaedah ini sangat digalakkan terutamanya dalam amalan hidup norma baharu yang menyarankan rakyat untuk berurusan di kaunter perkhidmatan Jabatan dan Agensi Kerajaan tanpa sentuhan memandangkan negara sedang mengalami ancaman pandemik COVID-19.

“Perkhidmatan ePayment ini bukan sahaja selamat, efisen, tepat dan mudah untuk rakyat, malah JPN juga akan mendapat faedah dengan mengurangkan risiko pengurusan tunai di kaunter-kaunter JPN,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kemudahan ePayment, baru-baru ini.

Pelancaran kemudahan ePayment oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Ruslin Jusoh.

Pelancaran kemudahan ePayment oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Ruslin Jusoh.

Katanya lagi, ketika ini penggunaan ePayment sudah dilaksanakan di JPN negeri serta cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pihaknya menyasarkan pelaksanaan sepenuhnya kaedah itu pada akhir tahun depan.

“Selain itu, mulai 1 September ini, Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) turut menjadikan setiap hari selasa sebagai hari ePayment di Jabatan Pendaftaran Terengganu,” tambah beliau.

Antara penerima dokumen pengenalan diri.

Antara penerima dokumen pengenalan diri.

JPN juga giat mengadakan promosi untuk memberi kesedaran dan pemakluman kepada pelanggan yang berurusan di kaunter-kaunter JPN mengenai adanya tambahan perkhidmatan mod bayaran memalui ePayment ini.

Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi penyerahan dokumen pengenalan diri kepada penerima yang telah membuat permohonan.

Khairi Ismail, 39.

Mod pembayaran tanpa tunai ini lebih menyenangkan – Khairi Ismail.

Salah seorang penerima, Khairi Ismail, 39 berkata mod pembayaran baharu ini lebih menyenangkan kerana beliau tidak perlu membawa wang tunai ketika berurusan di kaunter pendaftaran.

-ii-

Tinggalkan komen anda