Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jasin Kenang Jasa Pejuang

By 22 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Jasin yang diadakan baru-baru ini membawa erti yang mendalam kerana disertai pejuang-pejuang tanah air yang pernah berkorban untuk negara.

Program Ziarah Parajurit Negara.

Program Ziarah Parajurit Negara.

Program yang diadakan di Kampung Berangan Enam ini dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam membawa masej penting bagi generasi muda memahami intipati sejarah kemerdekaan negara.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam, Datuk Zaidi Attan, walaupun pada tahun ini sambutan kemerdekaan disambut dalam situasi yang sangat berbeza kerana negara sedang berjuang memutuskan rantaian wabak COVID-19, masyarakat tetap bersatu menjayakan program ini demi mengenang jasa pejuang tanah air yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi mencapai kemerdekakan tanah air tercinta.

“Dalam keghairahan kita meraikan bulan yang penuh istimewa ini, sudah menjadi harapan bagi kita semua supaya sentiasa bersyukur atas nikmat keharmonian yang telah diperoleh oleh rakyat Malaysia sejak 63 tahun lalu.

“Kita ingin melihat semangat patriotisme ini sentiasa mekar dalam hati kita dan setiap tahun semangat ini akan kita perkukuhkan lagi sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, dengan cara ini rasa cinta kepada negara tidak akan padam sampai akhir hayat,” ujar Zaidi.

Pelbagai acara turut diadakan antaranya Program Ziarah 20 orang bekas pejuang tanah air dan Majlis Tahlil bagi mendoakan perajurit yang gugur dalam menuntut kemerdekaan negara.

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab, Pegawai Penerangan Daerah Jasin, Azreen Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Berangan Enam, Kamarulzaman Md Yasin dan barisan pemimpin masyarakat DUN Serkam.

ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan  memotong pulut kuning 63 tahun sambutan Kemerdekaan Negara.

ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan memotong pulut kuning 63 tahun sambutan Kemerdekaan Negara.

-KN

Tinggalkan komen anda