Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Klinik e-Census Bantu Pelaksanaan Banci 2020

By 30 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang telah menganjurkan ‘Klinik e-Census’ bagi mempromosikan Banci 2020 di samping memudahkan masyarakat setempat untuk membuat pengisian secara atas talian (e-Census).

Menurut Penghulu Mukim Rusila, Mohd Shukri A. Ghani, beliau sangat mengalu-alukan klinik sebegini diadakan kerana ia merupakan kaedah terbaharu pengisian maklumat dan tidak semua komuniti setempat mahir untuk membuat pengisian secara atas talian (e-Census).

Setiap pengunjung yang datang untuk mengisi e-Census akan mengisi borang pendaftaran, di ambil suhu badan dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk ke Dewan Komuniti Kampung Medan Jaya.

Setiap pengunjung yang datang untuk mengisi e-Census akan mengisi borang pendaftaran, di ambil suhu badan dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk ke Dewan Komuniti Kampung Medan Jaya.

“Secara tidak langsung klinik e-Census memberi satu ilmu baharu kepada masyarakat yang mana pada tahun ini, kaedah baharu diperkenalkan iaitu sistem bancian diadakan secara atas talian selari dengan perubahan teknologi masa kini.

Mohd Shukri berkata demikian ketika ditemui di Klinik e-Census yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Medan Jaya, Marang, baru-baru ini.

Penduduk komuniti di sekitar Mukim Rusila membuat pengisian e-Census dibantu oleh kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu.

Penduduk komuniti di sekitar Mukim Rusila membuat pengisian e-Census dibantu oleh kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu.

Sementara itu, bagi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Medan Jaya, Abd Malek Mahmud pula, penggunaan platform e-Census bagi proses maklumat untuk Banci 2020 sangat mudah dan menjimatkan masa kepada golongan yang bekerjaya.

“Pengisian maklumat secara atas talian memberi satu pengalaman baharu kepada masyarakat dan betapa pentingnya memanfaatkan teknologi yang ada sekarang.

“Cukup dengan mengisi maklumat di dalam e-Census, banci boleh dilaksanakan tanpa bersua muka sebagaimana yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

Abd Malek Mahmud, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Medan Jaya, Marang.

Abd Malek Mahmud, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Medan Jaya, Marang.

Pengerusi MPKK Kampung Medan Jaya 1, Mohamad Jusoh, pula berkata e-Census banyak memberi manfaat kepada masyarakat yang mana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di tempat yang selamat seperti di rumah yang sekaligus mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19 kerana tidak melibatkan pertemuan pembanci dengan orang yang dibanci.

“Semoga setiap golongan masyarakat dapat menjayakan Banci 2020 bagi membantu kerajaan merancang pembangunan sosioekonomi dan polisi kerajaan pada masa hadapan,” katanya.

Pengerusi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Medan Jaya 1, Mohamad Jusoh.

Pengerusi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Medan Jaya 1, Mohamad Jusoh.

Fasa pertama pelaksanaan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara dalam talian (e-Census) akan berakhir pada malam ini diikuti fasa kedua iaitu kaedah bersemuka bermula pada 7 hingga 24 Oktober ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda