Skip to main content
Berita TimurTerengganu

‘Kucar Sure’ Pupuk Perpaduan Penduduk

By 21 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN 21 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk Taman Perumahan Alam Perdana, Air Putih, Kemaman sepakat mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura yang menjadi kelaziman apabila tibanya bulan Muharram.

Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Alam Perdana, Mat Mokhtar Ahmad, 46, berkata gotong-royong ini diadakan adalah bagi memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk di sini selain menghidupkan tradisi bulan Muharram.

Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perumahan Alam Perdana, Mat Mokhtar Ahmad, 46 tahun.

Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perumahan Alam Perdana, Mat Mokhtar Ahmad, 46 tahun.

“Meskipun dalam suasana norma baharu, tradisi lama ini tetap boleh diteruskan dan kemeriahan dalam menyediakan juadah ini dapat dirasai.

“Kebanyakan penduduk taman perumahan di sini berasal dari luar Negeri Terengganu yang terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan peniaga. Jadi kami kurang mengenali antara satu sama lain. Program sebegini memerlukan kerjasama yang erat dan diharapkan dalam masa yang sama kami lebih mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada program tersebut yang diadakan baru-baru ini.

Penduduk taman bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak bubur Asyura.

Penduduk taman bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak bubur Asyura.

Katanya, sebanyak 1000 bekas bubur asyura mampu dihasilkan dengan menggunakan dua kawah besar untuk diedarkan kepada hampir 1000 orang penduduk di taman tersebut.

“Walaupun kehadiran penduduk ke program ini tidak mencapai sasaran kami, tetapi kami tetap akan pergi setiap rumah yang ada di taman perumahan untuk mengagihkan bubur asyura ini,” katanya.

Antara penduduk yang hadir ke program gotong-royong 'kucar sure' Taman Perumahan Alam Perdana, Air Putih, Kemaman.

Antara penduduk yang hadir ke program gotong-royong ‘kucar sure’ Taman Perumahan Alam Perdana, Air Putih, Kemaman.

Menurut Dariah Ali, 49, yang merupakan tulang belakang program gotong-royong memasak bubur asyura ini kerana berpengalaman memasak bubur tersebut, resepi dan cara memasak bubur asyura ini merupakan resepi turun temurun yang dipelajari daripada ibunya.

“Bubur asyura mempunyai rasa yang manis. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bubur asyura ialah beras, tepung,daging atau ikan, gula, kekacang, jagung dan ubi keledek. Ramuan ini dimasak agak lama seperti memasak dodol,” katanya.

Dariah Ali, 49, berkongsi resepi turun temurun keluarganya dalam menyediakan bubur Asyura.

Dariah Ali, 49, berkongsi resepi turun temurun keluarganya dalam menyediakan bubur Asyura.

Dariah turut berharap program ‘kucar sure’ ini menjadi rutin tahunan kepada penduduk di taman perumahan ini agar perpaduan antara penduduk di sini sentiasa harmoni antara satu sama lain.

-ii-

Tinggalkan komen anda