Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Lebih 180 Orang Tenaga Kerja Banci 2020 Daerah SPT Diperlukan

By 28 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu bersikap positif membantu negara mendapatkan data terkini penduduk dan perumahan negara.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat, berkata penyelia dan pembanci mesti berusaha bersungguh-sungguh setelah terpilih secara langsung dalam tugas murni ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Taklimat kepada Penyelia dan Pembanci Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah SPT, di sini baru-baru ini.

Ucapan Perasmian Penutup Taklimat oleh Pegawai Daerah SPT, Kamarul Haizal Koderat.

Ucapan Perasmian Penutup Taklimat oleh Pegawai Daerah SPT, Kamarul Haizal Koderat.

Seorang Penyelia Amirul Firdaus, 26, berkata beliau baharu sedar betapa pentingnya kemahiran dengan peta kawasan yang dibekalkan dan menggunakan sistem MyIPCS Banci 2020 ini.

Salah seorang Penyelia Banci yang ditemui Amirul Firdaus, 26 tahun berasa sedar dengan kepentingan kemahiran Banci.

Salah seorang Penyelia Banci yang ditemui Amirul Firdaus, 26 tahun berasa sedar dengan kepentingan kemahiran Banci.

“Taklimat selama tiga hari itu memberi latihan beserta simulasi kepada para penyelia untuk mengenali kawasan dan mengguna peralatan Banci Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Seramai 180 Penyelia dan Pembanci menghadiri Taklimat mengambil gambar bersama dengan Pegawai Daerah SPT.

Seramai 180 Penyelia dan Pembanci menghadiri Taklimat mengambil gambar bersama dengan Pegawai Daerah SPT.

Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Pulau Pinang Fukusyima Azmira Fesal, berkata tambahan jawatan kosong Pembanci di Daerah SPT masih diperlukan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2020 secara bersemuka bakal bermula 7 hingga 24 Oktober ini, sementara e-Census pula akan berakhir pada 30 September.

Latihan menggunakan aplikasi MyIPCS untuk Banci 2020 kepada semua peserta taklimat.

Latihan menggunakan aplikasi MyIPCS untuk Banci 2020 kepada semua peserta taklimat.

“Penduduk Daerah SPT yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh terus hadir ke temuduga di Pejabat Daerah SPT sehingga 30 September 2020, 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari,” ujarnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda