Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pencegahan Dadah Perlukan Komited Pelbagai Agensi

By 7 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Md Sharif (Seberang Perai Utara)

PENAGA, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama 15 agensi bawah Dasar Dadah Negara yang melibatkan sembilan kementerian telah dibentuk bagi mengekang masalah sosial yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah di Pulau Pinang.

AADK memberikan tumpuan khusus kepada kawasan-kawasan kes dadah yang agak tinggi di perkampungan nelayan yang selalu dikaitkan dengan isu kemiskinan, masalah sosial dan keciciran dalam pelajaran dengan memperbanyakkan program dan latihan ke arah pemerkasaan komuniti.

Ketua Pengarah AADK, Zulkifli Bin Abdullah menyampaikan ucapan sempena Program Lestari @Kuala Muda.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah menyampaikan ucapan sempena Program Lestari @Kuala Muda.

Program LESTARI@Kuala Muda telah dilancarkan bagi mengekalkan kesejahteraan sesuatu tempat sebagai satu ekologi yang sihat dan harmoni tanpa ada permasalahan penagihan dadah.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata peranan semua pihak amat diharapkan seterusnya dapat memberi lebih impak kepada komuniti tersebut.

Sembang santai komuniti bersama pelbagai Agensi.

Sembang santai komuniti bersama pelbagai Agensi.

“Kerjasama dan penglibatan semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan perlu bersama-sama dengan AADK agar dapat membenteras dadah secara komprehensif,” katanya ketika merasmikan Program Lestari @Kuala Muda di Perkarangan Masjid Jamek Al Hidayah Penaga, di sini baru-baru ini.

Slot Jom Hijau 'Penanaman Pokok' oleh Ketua Pengarah AADK.

Slot Jom Hijau ‘Penanaman Pokok’ oleh Ketua Pengarah AADK.

Turut hadir bersama ke program berkenaan adalah Ahli Undangan Negeri Penaga Yusni Mat Piah, Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abdul Manan, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Zulkifli Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD)Negeri Pulau Pinang Ahmad Darus serta Pengarah AADK Pulau Pinang Elmariah Chung.

-ii-

Tinggalkan komen anda