Skip to main content
HomePutrajaya

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuat Kuasa 23 Oktober

By 22 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman lebih berat untuk kesalahan lalu lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga 45, akan berkuat kuasa 23 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee berkata kementeriannya menerima pemberitahuan penetapan tarikh pemulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara semalam dan beliau selaku menteri telah menandatanganinya semalam.

“Kami harap pindaan terbaharu ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu lintas bagi memastikan jalan raya di negara kita selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan semalam.

Antara pindaan tersebut ialah Seksyen 41 yang melibatkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Pindaan juga dibuat terhadap Seksyen 44 mengenai kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara  melulu atau membahayakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan yang mengakibatkan kematian.

Mereka yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta didenda antara RM50,000 dan RM100,000 selain hilang kelayakan lesen selama 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Pindaan ini juga membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada RM100,000 serta denda maksimum RM150,000 selain hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun, bagi kesalahan berikutnya.

Wee berkata Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 turut mengambil kira pandangan orang ramai melalui kaji selidik melibatkan lebih 345,000 responden yang dilakukan Kementerian, dengan 94 peratus bersetuju hukuman lebih berat dikenakan bagi yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda