Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Galeri Interaktif Planetarium al-Khawarizmi Destinasi Pelancongan Baharu Melaka

By 22 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Alor Gajah)/Jabatan Mufti Negeri Melaka

TANJUNG BIDARA, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengambil satu langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bagi menaik taraf galeri pameran kepada Galeri Interaktif Planetarium al-Khawarizmi yang menerapkan ciri-ciri teknologi terkini.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali hadir merasmikan Galeri Interaktif Planetarium yang telah diadakan bertempat di Balai Cerap al-Khawarizmi, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, kerjasama dua hala antara pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Universiti Teknik Melaka (UTeM) membolehkan galeri ini dinaik taraf dengan berpaksikan bidang sains, teknologi dan falak. Banyak manfaat bakal diperolehi orang ramai, terutamanya pelajar-pelajar serta orang awam dalam mendekati serta memahami ilmu astronomi.

C33C1F01-1012-430F-A04F-5586BB16B953

“Saya mengharapkan pembangunan galeri interaktif ini dapat menjadi tarikan pelancongan agama di negeri Melaka. Oleh itu, pihak yang berkaitan harus mempergiatkan lagi promosi pelancongan untuk Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan kompleks ini mampu tersenarai sebagai salah satu lokasi pelancongan astronomi yang terbaik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

1304448D-8439-456C-8178-8A29D51B4429

Sulaiman Md Ali turut menyaksikan penyerahan Memorandum Persefahaman antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka tahun 2020 serta menyampaikan sumbangan khas kepada penduduk kawasan Tanjung Bidara.

-KN

Tinggalkan komen anda