Skip to main content
HomePutrajaya

Datuk Seri, Dua Polis Ditahan Reman 21 Hari Di Bawah POCA

By 14 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki¬†¬†bergelar ‚ÄėDatuk Seri‚Äô bersama dua anggota¬†polis yang sebelum ini ditahan¬†Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan¬†kes sindiket perjudian Macau Scam, hari ini ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret S. Mageswary selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berumur 34 hingga 39 tahun itu di bawah POCA selama 21 hari bermula hari ini.

Peguam Loi Yap Loong yang mewakili ketiga-tiga suspek ketika ditanya media berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kesalahan anak guamnya tetapi diberitahu mereka ditahan di bawah POCA.

Prosiding reman ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren bermula pukul 10 pagi dan selesai 11.30 pagi.

Isnin lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh SPRM terhadap mereka setelah ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Beliau berkata mereka ditahan selepas dibebaskan SPRM.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda