Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dua Beradik Lemas di Kawasan Tadahan Air

By 6 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Dua beradik ditemukan lemas di kawasan tadahan air di Jalan Cheras Prima, Kajang, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Rayan Ikram Rozilah, 8, dan Nur Farisah berusia 10 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa naik ke tebing oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

“Pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Norazam berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda