Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Catat Jumlah Tertinggi Kes Baharu dengan 432 Kes Terkini

By 6 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 6 Okt (Malaysiaaktif) РMalaysia merekodkan jumlah kes baharu COVID-19 tertinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, dengan 432 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu melibatkan 429 kes penularan tempatan dan tiga kes import melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, masing-masing pulang dari India, Kuwait dan Myanmar.

Beliau berkata daripada 429 kes penularan tempatan, 409 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara.

“Daripada jumlah 429 kes itu, 224 kes merupakan¬†kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu dalam¬† penjara di Kedah, manakala 29 kes merupakan pengunjung pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept¬†sebanyak 235¬†kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan pandemik COVID-19¬†semalam.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian berkaitan wabak berkenaan dilaporkan.

Jumlah positif COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 12,813 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 2,336 kes dengan kesemuanya telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 32 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan  lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat ini, sebanyak 57 kes pulih dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,340 kes, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda