
Laporan/foto: Salawaty Md Sharif/Zanizal Zamani
PERMATANG BERANGAN, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) melaksanakan program untuk menyebarkan maklumat Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 melalui Program [email protected] yang diadakan di Masjid Al – Rahmani Kampung Banggol, di sini baru-baru ini.
Program ini bertujuan bagi memperkasakan usaha melawan pandemik COVID-19 agar dapat meningkatkan kesedaran mengenai kawalan kendiri bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan dalam kalangan komuniti setempat.

Suasana para peserta mematuhi SOP dan Norma Baharu hadir di Program [email protected] di Masjid Al – Rahmani Kampung Banggol.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahaya, berkata konsep Pembudayaan Norma Baharu hari ini menggunakan pendekatan CAPP – Cegah, Amalkan, Patuhi dan Pantau yang mensasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, merasmikan Program [email protected] bertema Pembudayaan Norma Baharu anjuran JaPen Daerah SPU.
“Pendekatan pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang mengadakan taklimat dan penerangan kepada pihak komuniti secara bersemuka ‘Stop and Talk’ berkenaan Pembudayaan Norma Baharu amat bermanafaat kepada masyarakat dalam situasi kini,” katanya semasa merasmikan Program [email protected] di sini.
Jelasnya, masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamal serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik ini.
“Kita semua adalah barisan hadapan yang perlu bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan menentang ancaman virus ini,” ujarnya.
Selain itu, Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang ASP Ahmad Hamdi Jamaludin, telah menyampaikan Ceramah Pembudayaan Norma Baharu yang bertajuk “Peranan Komuniti Sebagai Petugas Barisan Hadapan”.

Pegawai MKN Negeri Pulau Pinang, Hamdi Jamaludin menyampaikan Ceramah Pembudayaan Norma Baharu dalam Program [email protected].
Antara aktiviti lain dalam Program yang telah dilaksanakan seperti Program Derma Darah dari Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya, Pertandingan Azan kategori kanak-kanak, Taklimat PDRM IPDSPU yang disampaikan oleh Insp Manan Saad, dan Taklimat AADK SPU oleh Puan Suriati.

Aktiviti Derma Darah dari Unit Tabung Darah Hospital Seberang Jaya telah diadakan dalam Program [email protected].
-ii-