Skip to main content
Berita TimurTerengganu

KRT Agih PPE Kepada Petugas Kesihatan

By 28 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhafizah Abd Rahim/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu telah menyiapkan 3,000 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk diagihkan kepada petugas kesihatan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Hanafiah Mat, berkata PPE itu disiapkan oleh dua KRT iaitu KRT Kampung Besol dan KRT Taman Madani yang terletak dalam Daerah Dungun.

Hanafiah menerima peralatan perlindungan diri daripada wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Hanafiah menerima peralatan perlindungan diri daripada wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Seramai 28 ahli sukarelawan wanita terbabit dalam menyiapkan PPE itu yang mengambil masa selama dua minggu.

“Kos untuk membuat PPE itu diperuntukkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu dan dijahit secara sukarela,” katanya pada Majlis Penyerahan PPE dan Taklimat Pembudayaan Norma Baharu Kementerian Perpaduan Negara, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

PPE yang telah siap itu diserahkan oleh Hanafiah kepada wakil Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk diagihkan kepada petugas kesihatan di negeri ini yang merangkumi baju, topi dan kasut.

Beliau menambah, Kementerian Perpaduan Negara banyak menerima permohonan daripada KRT seluruh negeri untuk membantu menjahit dan menyediakan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam pada suasana pandemik COVID-19 ini.

Hanafiah memakaikan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada seorang petugas kesihatan.

Hanafiah memakaikan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada seorang petugas kesihatan.

“Dua lagi KRT iaitu KRT Che Lijah dan KRT Gong Pasir, Dungun turut bersetuju untuk membantu menjahit dan menyiapkan PPE dan kerja-kerja akan dimulakan beberapa minggu lagi.

“Usaha yang dilakukan oleh ahli KRT amat membanggakan dan memperlihatkan semangat kerjasama dan muafakat yang amat tinggi dikalangan masyarakat.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri rasa bersyukur dan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan usaha murni ini,” katanya.

Hanafiah menyerahkan poster Pembudayaan Norma Baharu kepada salah seorang Pegawai Perpaduan Daerah.

Hanafiah menyerahkan poster Pembudayaan Norma Baharu kepada salah seorang Pegawai Perpaduan Daerah.

Sementara itu, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu Burhanuddin Daud, turut menyampaikan penghargaan atas kerjasama agensi kerajaan yang terlibat antaranya Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu dan Pejabat Kesihatan Dungun yang telah menghulurkan bantuan dari segi kemudahan peralatan, tenaga pengajar yang mahir, kewangan dan juga material dalam merealisasikan penyediaan PPE ini.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian Poster Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kementerian Perpaduan Negara kepada semua Pegawai Perpaduan Daerah untuk diedarkan di taska-taska perpaduan dan komuniti kejiranan.

-ii-

Tinggalkan komen anda