Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JaPen Terima 7,999 Penyertaan Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Hari Kebangsaan 2020

By 5 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/BKVS

PUTRAJAYA, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia telah hadir dengan pelbagai program untuk disertai bagi menyemarakkan sambutan tersebut, dan kini proses semakan pemenang giat dijalankan bagi mencari pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan.

Antara pertandingan yang mendapat sambutan, Pertandingan Mewarna & Melukis serta Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2020 anjuran Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS), JaPen.

Pengarahnya Mohd Roffee Mohamad, berkata sesi penjurian kini giat dijalankan dengan jumlah penyertaan diterima sebanyak 7,999 daripada seluruh negara.

“Penyertaan yang kita terima pada tahun ini adalah amat menggalakkan berbanding dengan penga njuran terdahulu apabila kita terpaksa turun ke lokasi pertandingan dengan penyertaan paling ramai sebanyak 200 peserta kerana ketika itu kita mempunyai limitasi dari segi ruang, peralatan, keselesaan peserta dan sebagainya.

Para petugas menampal lukisan penyertaan untuk diadili.

Para petugas menampal lukisan penyertaan untuk diadili.

“Menerusi penyertaan dalam talian ini, kita dapat mejemput sebanyak-banyak penyertaan dari seluruh negara untuk bersama-sama dengan kita dan kami melihat ini sebagai satu penyatuan merentas sempadan, tiada halangan,” katanya ketika ditemui selepas sesi Penjurian Pertandingan Mewarna & Melukis serta Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2020 di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini hari ini.

Menurut Roffee, jabatan turut bergerak seiring dengan norma baharu pasca pandemik COVID-19 apabila mengaplikasikan sebaik mungkin pengunaan teknologi maklumat dengan bergerak ke arah program dalam talian berbanding secara bersemuka.

“Pandemik ini jelas tidak menghalang kita untuk bersama-sama dengan masyarakat kerana masyarakat tetap kita santuni dan pada masa sama turut menjadikan warga jabatan semakin matang dalam beradaptasi dalam dunia digital.

“Apabila kita menganjurkan program sebegini, apa yang penting adalah topik yang diketengahkan iaitu ‘Cintakan Negara’ dan secara tidak langsung kita telah mendidik supaya masyarakat kita sayangkan Negara,” katanya.

Keputusan pertandingan ini akan diumumkan secara langsung pada 9 Oktober ini menerusi slot Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tinggalkan komen anda