Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Membudayakan Norma Baharu Diperhebat

By 22 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di daerah ini menggiatkan usaha dalam menjayakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam komuniti setempat agar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada dipatuhi dan menjadi amalan segenap masyarakat.

Menurut Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Abdul Muiz Mazlan, beliau merasa sangat kagum dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat yang turut membantu menyebarluas maklumat berkaitan Kempen Pembudayaan Norma Baharu secara konsisten dan berterusan dalam kalangan masyarakat.

RELA Daerah Dungun turun padang mengedarkan risalah Kempen Pembudayaan Norma Baharu : Putuskan Rantaian COVID-19 di pasar awam, Dungun.

RELA Daerah Dungun turun padang mengedarkan risalah Kempen Pembudayaan Norma Baharu : Putuskan Rantaian COVID-19 di pasar awam, Dungun.

“Hari ini kita dapat melihat rakyat mula sedar dan akur dengan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan mengaplikasikan norma baharu seperti memakai pelitup separuh muka, memakai pembasmi kuman pada tangan, mengawal penjarakan fizikal serta meningkatkan penggunaan teknologi atas talian sebagai kaedah komunikasi sama ada dalam urusan kerja, pendidikan mahupun membeli barangan keperluan.

“Usaha yang dilaksanakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Dungun dalam menyebarluas maklumat berhubung perkara ini adalah tepat pada masanya agar masyarakat tidak alpa kerana kejayaan memeranginya wabak ini bergantung kepada kesedaran, sikap dan amalan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Abdul Muiz Mazlan, Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) (tengah) turut menyertai Kempen di stesen bas dan teksi bandar Dungun dengan mengedarkan risalah, pelitup muka dan pembasmi kuman (hand sanitizer).

Abdul Muiz Mazlan, Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) (tengah) turut menyertai Kempen di stesen bas dan teksi bandar Dungun dengan mengedarkan risalah, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Manakala bagi Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Dungun, Noraliza Mat menyatakan bahawa masyarakat perlu ada kesedaran bersama dalam menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini dan tidak mempunyai sikap tidak mengambil peduli terhadap sesuatu wabak selagi mana ahli keluarga tidak dijangkiti dengan wabak tersebut.

Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Dungun, Noraliza Mat bersama mengedarkan risalah Kempen Pembudayaan Norma Baharu di sekitar Dungun.

Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Dungun, Noraliza Mat bersama mengedarkan risalah Kempen Pembudayaan Norma Baharu di sekitar Dungun.

“Kami di peringkat Pejabat RELA Daerah Dungun bertuah kerana dapat menyertai Pejabat Penerangan Daerah Dungun melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu : Putuskan Rantaian COVID-19 di tempat tumpuan awam seperti pasar awam dan premis peniagaan,” katanya.

Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam Kempen pembudayaan Norma Baharu.

Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam Kempen pembudayaan Norma Baharu.

Diharapkan kempen ini dapat memastikan segenap lapisan masyarakat faham akan tanggungjawab dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda