Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Simulasi Banjir Norma Baharu Persediaan Hadapi Perubahan Monsun

By 22 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Marang merupakan satu-satunya daerah di Terengganu yang menganjurkan Program Simulasi Banjir 2020 sebagai persediaan menghadapi perubahan monsun musim tengkujuh yang dijangka bermula pada akhir Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong, berkata program ini diadakan bagi memastikan pengurusan bencana Daerah Marang dalam keadaan sentiasa bersedia walaupun masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong (berkopiah) bersama Pegawai Daerah Marang turut menaiki bot penyelamat mangsa banjir.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong (berkopiah) bersama Pegawai Daerah Marang turut menaiki bot penyelamat mangsa banjir.

“Simulasi banjir penting untuk diadakan memandangkan tahun ini kita berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam semua segi kerana COVID-19 ini.

“Kefahaman tentang norma baharu bagi orang kampung perlu jelas dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan penyelaras tindakan bencana di daerah iaitu Angkatan Pertahanan Awam (APM),” kata Sulaiman ketika merasmikan simulasi banjir tersebut, di sini baru-baru ini.

Khemah NADMA disusun mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Khemah NADMA disusun mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Menurut Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, kesemua 111 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Marang hadir sebagai peserta simulasi untuk diberikan pendedahan kepada mereka tentang tindakan awal yang perlu dilakukan dalam menghadapi bencana banjir dalam fasa COVID-19 walaupun banjir di sini berlaku tiap-tiap tahun.

“Tahun ini, aktiviti memasak secara gotong-royong tidak akan dilakukan tetapi digantikan dengan perkhidmatan katering kerana mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong ketika berucap merasmikan program di Dewan Sivik Merchang, Marang.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong ketika berucap merasmikan program di Dewan Sivik Merchang, Marang.

Taklimat simulasi banjir disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris selain peserta turut didedahkan dengan proses pemindahan mangsa banjir dengan menaiki lori agensi- agensi yang disediakan ke Pusat Pemindahan sementara dengan pematuhan SOP.

Program yang dikelolakan oleh Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Daerah (APM) Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang, Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang, Bomba Dan Penyelamat Marang, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Pejabat Penerangan Daerah Marang serta kerjasama semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daerah Marang bertujuan memastikan jabatan-jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan lancar dalam kerja menyelamatkan mangsa banjir.

DSP Mat Zain Mat Dris sedang memberi taklimat kepada para peserta simulasi banjir.

DSP Mat Zain Mat Dris sedang memberi taklimat kepada para peserta simulasi banjir.

Secara keseluruhannya, simulasi pada kali ini berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi untuk disesuaikan dengan keadaan pandemik juga pada masa yang sama, semua pihak berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda