Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Perkhidmatan Awam Tonggak Utama Laksana Agenda Kerajaan – KSN

By 5 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan awam merupakan tonggak utama yang berperanan untuk menggerakkan setiap pelaksanaan agenda dan inisiatif yang telah direncanakan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, dalam berdepan situasi sukar fasa pemulihan ekonomi negara, penjawat awam bersungguh-sungguh serta komited bagi memastikan setiap dasar dan strategi yang disusun kerajaan dapat diterjemahkan dengan jayanya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menandatangani plak perasmian Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menandatangani plak perasmian Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

“Hal berkenaan telah dibuktikan menerusi pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diberikan kepada Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Global COVID-19 Recovery Index, sehingga Ogos 2020 yang telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-4 terbaik dalam kalangan 184 negara di dunia.

Tan Sri Mohd Zuki Ali menanam pokok Bucida selepas merasmikan Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Tan Sri Mohd Zuki Ali menanam pokok Bucida selepas merasmikan Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

“Begitu juga Indeks Toluna-Blackbox bagi Pengurusan Persepsi dan Krisis telah menempatkan Malaysia di kedudukan ke-5 berbanding 23 negara,” katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Terengganu di Bandar Baharu Bukit Besar di sini, baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melawat sekitar Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melawat sekitar Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu.

Kompleks bernilai RM38 juta ini mula dibina pada akhir 2016 dan disiap sepenuhnya pada Julai 2019.

Kompleks SPRM Negeri Terengganu terletak di kawasan seluas 3.41 hektar dan mampu menempatkan kira kira 120 pegawai dan kakitangan suruhanjaya itu.

Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu di Bandar Baharu Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu di Bandar Baharu Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah SPRM Terengganu Ruslan Che Ahmad.

-ii-

Tinggalkan komen anda