Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bekalan Vaksin COVID-19, Penipuan Siber Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

By 4 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 4 Nov (Malaysiaaktif) – 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu tersebut terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung jaminan daripada aspek kecukupan pembekalan vaksin untuk COVID-19 yang dikatakan sedang dalam penentuan harga tempatan.

Isu penipuan siber pula bakal dibangkitkan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) yang meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah inisiatif kementerian itu untuk memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber yang menggunakan aplikasi tidak sahih serta melalui panggilan telefon dengan pelbagai modus operandi bagi memperdayakan mangsa dalam mendapatkan data peribadi dan wang.

Soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) pula meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah kaedah pelaksanaan pelan pakej rangsangan ekonomi domestik yang inklusif bagi membantu negara menangani suasana ekonomi yang mencabar sepanjang tahun 2020.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 serta Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung separuh hari minggu ini (Isnin hingga Khamis) apabila ditangguh pada 1 tengah hari, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda