Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Belanjawan 2021: Peruntukan RM2.584 Bilion Beri Manfaat Kepada Kumpulan Sasar KPWKM

By 9 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Peruntukan RM2.584 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Belanjawan 2021 akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama iaitu golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak dan wanita.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata belanjawan itu turut memanfaatkan pengusaha taska, golongan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan aktiviti dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Menerusi Belanjawan 2021, KPWKM menerima peruntukan RM2.584 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan pula sebanyak RM126 juta.

Rina dalam satu kenyataan hari ini bersyukur dengan kenaikan kadar bantuan bulanan yang akan memanfaatkan 400,000 penerima, melalui peruntukan berjumlah RM2.2 bilion untuk meringankan beban golongan OKU, warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak daripada keluarga miskin serta penjaga mereka.

“Golongan OKU tidak terkecuali daripada menerima manfaat yang besar dalam Belanjawan kali ini terutama dari segi penjagaan sehinggalah ke peluang pekerjaan, dan golongan ini juga turut menikmati keistimewaan yang diberikan menerusi pas perjalanan tanpa had,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda