Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama – KP Kesihatan

By 3 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Persidangan Parlimen yang lebih lama akan menyebabkan mereka yang berada di dalam bangunan itu berdepan risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini kerana terdapat tujuh kes direkodkan semalam yang membabitkan seorang anggota polis bantuan dan pengesanan kontak mendapati isteri dan tiga rakannya, seorang pengamal media serta seorang kakitangan Dewan Negara disahkan positif.

“Jika mereka berada di tempat sesak, lebih lama mereka di situ maka lebih tinggi peluang untuk mereka dijangkiti.

Dr Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23 Sept dan terdapat jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan pada minggu lepas, maka punca jangkitan tidak diketahui.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) bagi memendekkan sesi hari pertama persidangan Parlimen hari ini sehingga 1 tengah hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda