Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KKM Lebih Bersedia Tangani Gelombang Ketiga COVID-19 – Dr Noor Hisham

By 3 November 2020Tiada komen3 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Nov (Malaysiaaktif) 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu, dakwaan yang wabak COVID-19 di Sabah bertambah buruk selain berlaku pelbagai kekurangan termasuk katil di hospital dan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah tidak benar.

Selain mobilisasi petugas dan peralatan yang telah digerakkan awal, kerajaan juga meluluskan perolehan kecemasan RM25 juta iaitu RM18 juta untuk PPE dan RM7 juta untuk diagihkan kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah.

“Sebanyak 149 katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) disediakan dengan penggunaan setakat ini sebanyak 60 peratus dan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak 193 unit dengan penggunaan sebanyak 27 peratus,” katanya menjawab soalan wartawan semasa sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

“Banyak lagi kapasiti kami…jadi tidak betul dakwaan¬†itu. Mereka yang¬†menyatakan sistem kesihatan tidak mencukupi mungkin dia tidak turun padang untuk melihat,” katanya.

Malah sebelum pilihan raya negeri baru-baru ini, KKM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kawalan sempadan dan sekatan jalan raya bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

‚ÄúPersediaan lain juga dilakukan lebih awal tetapi dari itu tetapi ia tidak diumumkan dari segi mobilisasi kakitangan hospital, peralatan dan lain-lain ke hospital terlibat,‚ÄĚ katanya.

Di KOTA KINABALU, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata keputusan 6,139 sampel ujian saringan COVID-19 yang masih tertunggak di negeri itu, dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata jumlah itu termasuk sampel yang dihantar ke makmal swasta untuk diproses.

“Kapasiti makmal adalah dalam tahap maksima pada masa ini dan tunggakan sampel ujian dijangka dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari lagi,” katanya pada sidang media, di sini malam tadi.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah hari ini ialah 503 kes dengan jumlah kes kumulatif sebanyak 16,195 kes dan dua kematian.

Dalam pada itu, Masidi berkata kerajaan bersetuju memberi kelonggaran keluar masuk di kawasan taman perumahan dan kampung yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan membenarkan hanya seorang wakil dari setiap rumah bagi membeli keperluan asas serta ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Namun kelonggaran itu tidak termasuk bagi kawasan Penjara Kepayan dan kawasan perumahan penjara itu yang dilanjutkan tempoh PKPD bermula 3 hingga 16 Nov ini dan juga Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu di Manggatal yang mencatat 104 kes bagi kluster Rumah Merah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda