Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Lebih Tiga Ribu PPE Diserahkan kepada Petugas Barisan Hadapan Dungun

By 30 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)/Pejabat Perpaduan Dungun

DUNGUN, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Daerah Dungun zahirkan semangat kesukarelawan dengan menyahut seruan menyediakan 3, 943 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan di daerah ini.

Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu Burhanuddin Daud, berbesar hati dan berterima kasih kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Madani, KRT Kampung Besol serta semua Jiran Wanita dan ahli jawatankuasa yang membantu menyumbang tenaga dalam menyiapkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sebagaimana yang telah disasarkan.

“Penglibatan komuniti diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan dalam menentang wabak COVID-19 yang masih belum ada penamatnya.

Semangat kesukarelawan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Daerah Dungun dalam menyediakan PPE untul kegunaan frontliners.

Semangat kesukarelawan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Daerah Dungun dalam menyediakan PPE untul kegunaan petugas barisan hadapan.

“Petugas barisan hadapan tidak berhadapan dengan wabak ini secara sendirian, perjuangan ini turut dibantu oleh sukarelawan dari belakang,” katanya.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Dungun Tengku Mazilawati Tengku Muhamad, kerja-kerja kesukarelawan ini melibatkan hampir 40 orang daripada empat buah KRT di daerah ini tanpa mengharapkan elaun atau upah.

“Khidmat sukarela dilakukan dengan keinginan hati dan keikhlasan sendiri tanpa mengharapkan balasan, semangat sukarelawan tercetus kerana kesedaran untuk membantu petugas barisan hadapan kerana negara belum bebas daripada penularan pandemik COVID-19.

PPE yang dihasilkan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Daerah Dungun.

PPE yang dihasilkan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Daerah Dungun.

“Besarlah harapan kami agar usaha ini diteruskan dan lebih ramai yang tampil membantu menyalurkan sumbangan tenaga pada masa yang akan datang,” katanya.

Kesemua 664 unit PPE telah diserahkan oleh Pengerusi KRT Taman Madani dan KRT Kampung Besol kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr. Nor Azimi Yunus, dalam majlis penyerahan yang diadakan baru-baru ini di Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Pegarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menyampaikan sumbangan yang diterima kepada Pegawai Pegawai Kesihatan Daerah Dungun Dr. Fathul Hakim Hamzah, untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Daerah Dungun.

Pengerusi Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Kg Besol (dua dari kiri) menyerahkan PPE kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus disaksikan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Burhanuddin Daud dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Kasemani Embong.

Pengerusi Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Kg Besol (dua dari kiri) menyerahkan PPE kepada Dr Nor Azimi (dua dari kanan).

Majlis penyampaian tersebut diadakan dalam skala kecil dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr. Kasmani dan Pegawai Perpaduan Daerah Dungun Tengku Mazilawati Tengku Muhamad, pengerusi KRT Gong Pasir dan KRT Kampung Che Lijah.

-ii-

Tinggalkan komen anda