Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

JaPen Pulau Pinang Adakan Kunjungan Hormat ke atas Datuk Bandar Seberang Perai

By 30 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

PERDA, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JaPen), di sini baru-baru ini.

Kunjungan diketuai Pengarah JaPen Pulau Pinang Lim Ann Teck, bersama Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu (GSPI) Ridhwan Nazmi Roslan.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JaPen) di sini.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JaPen) di sini.

Menurut Lim, kunjungan itu bertujuan mengetahui rangka kerjasama dengan MBSP untuk menyebarkan maklumat kerajaan kepada rakyat seperti Kempen Kerajaan Negeri Penang 2030.

“Pendekatan yang dibuat oleh Jabatan Penerangan melalui Info on Wheels (IoW) bersesuaian di sesetengah tempat, walaupun kita kini dalam era digital.

Pengarah JaPen Pulau Pinang, Lim menyerahkan buku JaPen "Norma Baharu" kepada Datuk Bandar.

Pengarah JaPen Pulau Pinang, Lim menyerahkan buku JaPen “Norma Baharu” kepada Datuk Bandar.

“Selain itu, kerjasama padu antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh bersama-sama dalam pelaksanaan program IOWs dan Influencer@JaPen dengan pihak MBSP,” katanya.

Bercakap mengenai pandangan masyarakat terhadap MBSP, Lim berkata kerjasama antara jabatan dapat mendidik warga Pulau Pinang berkaitan fungsi dan peranan PBT seperti MBSP.

“Jabatan Penerangan Malaysia senantiasa melaksanakan program-program yang dapat mendekatkan Jabatan dan Agensi kerajaan dengan masyarakat.

“Pandangan skeptikal masyarakat terhadap PBT dan jabatan-jabatan harus dibuang agar rakyat sama-sama dapat dibantu dan mendapat saluran yang betul dan tepat bagi menyelesaikan sesuatu isu,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk Bandar Seberang Perai, Rozali Mohamud berkata tujuan kerjasama melaksanakan program komuniti sebagai platform adalah mendekati masyarakat bagi memenuhi keperluan serta meluaskan maklumat kepada rakyat.

Datuk Bandar Seberang Perai, Rozali Mohamud berkata kerjasama adalah memenuhi keperluan rakyat menerima maklumat dari Agensi dan Jabatan Kerajaan.

Rozali berkata kerjasama adalah memenuhi keperluan rakyat menerima maklumat daripada agensi dan jabatan kerajaan.

“Program komuniti diperlukan sebab tidak semua masyarakat setempat mempunyai akses internet mahupun menonton televisyen serta mendengar radio,” katanya.

Kunjungan diketuai Pengarah JaPen Pulau Pinang, Lim Ann Teck bersama Penolong Pengarah Cawangan GSPI, Ridhwan Nazmi Roslan dan Pegawai Pejabat Penerangan Daerah SPT, Lizza.

Kunjungan diketuai Lim Ann Teck (tiga dari kiri) bersama-sama Penolong Pengarah Cawangan GSPI Ridhwan Nazmi Roslan (dua dari kiri). 

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Perhubungan Antarabangsa MBSP Wan Junaidi Yahaya.

-ii-

Tinggalkan komen anda