Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Laporan Polis Dibuat Terhadap Namewee Berhubung Poster Filem Terbaharunya

By 19 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbaharunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 11.07 pagi.

Mohammad Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk ‘BABI’ itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda