Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sektor Perbankan Berhati-hati Sedia Peruntukan bagi Suku Ketiga – Gabenor BNM

By 13 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 13 Nov (Malaysiaaktif) –┬áSektor perbankan Malaysia proaktif dalam menangani kesan┬áCOVID-19.

Bagaimanapun, keadaan ekonomi yang sukar ketika ini membuatkan sektor itu lebih berhati-hati dan ia dijangka terus menyediakan peruntukan bagi rosot nilai dalam suku ketiga 2020.

Gabenor Bank Negara Malaysia Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata menerusi pemerhatian bank negara, sektor perbankan telah mula membuat peruntukan dalam suku kedua tahun ini walaupun BNM menyarankan bahawa langkah itu tidak perlu.

“Seperti yang kita┬ányatakan dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan, kita tidak melihat keperluan tambahan peruntukan bagi tempoh dua tahun akan datang,ÔÇŁ katanya semasa taklimat kepada┬ápara editor kanan pada Khamis.

Menurut Tinjauan Kestabilan Kewangan BNM yang dikeluarkan pada Oktober, keseluruhan kos kredit kepada bank dijangka meningkat kepada RM29 bilion atau 1.4 peratus daripada jumlan pinjaman bagi 2020 dan 2021.

Unjuran ini adalah berasaskan kepada anggaran konservatif bahagian pinjaman di bawah bantuan pembayaran semula bersasar.

Nor Shamsiah juga berkata pengguna semakin pantas dapat menyesuaikan diri sepanjang pandemik COVID-19 ditambah dengan langkah-langkah pembendungan yang diambil bagi mengawal peningkatan semula kes.

“Jangkitan COVID-19 juga telah semakin difahami dan langkah-langkah yang diambil lebih bersasar. Oleh itu, walaupun┬áCOVID-19 akan memberi┬áimpak, ia tidak sebesar seperti sebelum ini. Ini juga diterjemahkan kepada angka Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga yang lebih baik daripada angka yang diunjurkan,ÔÇŁ katanya.

Awal tahun ini, peminjam mendapat beberapa bantuan menerusi moratorium pinjaman secara automatik dari 1 April sehingga 30 Sept. Bank-bank terus menyediakan bantuan kepada peminjam yang terjejas akibat COVID 19 apabila moratorium berakhir pada September.

Peralihan kepada pendekatan yang lebih bersasar menyediakan lanjutan moratorium tiga bulan kepada individu yang kehilangan pekerjaan mereka. Bagi mereka yang pendapatan terjejas ditawarkan pengurangan bayaran ansuran pinjaman.

Bank-bank juga menawarkan fleksibiliti pembayaran semula kepada peminjam individu dan PKS yang terjejas seperti memanjangkan tempoh pinjaman hinggalah kepada mengurangkan bayaran ansuran bulanan; membayar hanya faedah bagi pinjaman bagi satu tempoh tertentu, dan beberapa lagi kelonggaran sehingga peminjam te;ah kembali stabil untuk menyambung semula pembayaran.

Mengenai pewujudan pekerjaan dalam sektor perbankan dan kewangan, Nor Shamsiah berkata bank-bank terus mengambil pekerja dalam bidang perniagaan tertentu terutamanya dalam pengurusan risiko dan pematuhan kerana operasi telah menjadi semakin kompleks.

“Jadi, ada bahagian yang bank-bank masih mengambil pekerja, terutamanya dalam bahagian khusus seperti Teknologi Maklumat dan Keselamatan Siber. Jadi, bank-bank mengambil pekerja dan mendapatkan keseimbangan dalam bahagian-bahagian ini,ÔÇŁ katanya.

Dari segi pemisahan pekerjaan terdapat kira-kira 1,500 setakat ini pada 2020 berbanding keseluruhan jumlah pekerjaan sebanyak 166,000, katanya, sambil menambah 80 peratus daripada pekerjaan dalam sektor itu adalah pekerjaan berkemahiran tinggi.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda