Skip to main content
Berita TimurTerengganu

2,200 Kampit Beras Diagihkan Kepada 55 Kampung di DUN Permaisuri

By 22 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob/Shaik Mohd Fikri (Setiu)

SETIU, 22 Dis (Malaysiaktif) – Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permaisuri memperuntukan sejumlah 2,200 kampit beras untuk diagihkan kepada 55 buah kampung sebagai bantuan ketika musim tengkujuh melanda daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh, berkata bantuan yang dihulurkan itu sebagai meringankan beban perbelanjaan yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan penduduk di kawasan itu yang bekerja sebagai nelayan dan petani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada seorang penerima di Kampung Padang Jejawi, Bandar Permaisuri, Setiu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada seorang penerima di Kampung Padang Jejawi, Bandar Permaisuri, Setiu.

“Musim tengkujuh yang melanda negeri ini membuatkan rata-rata penduduk yang bekerja sebagai nelayan dan petani tidak dapat turun bekerja akibat hujan.

“Meskipun bantuan yang diberikan ini tidak seberapa tetapi ia adalah sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap mereka lebih-lebih lagi ketika ini kita masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19,” katanya ketika menyerahkan sumbangan di Bandar Permaisuri, di sini semalam.

ADUN Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh meninjau stok beras di Pejabat DUN Permaisuri sebelum diagihkan kepada penduduk kampung, semalam.

ADUN Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh meninjau stok beras di Pejabat DUN Permaisuri sebelum diagihkan kepada penduduk kampung, semalam.

Abd Halim berkata pemberian beras tersebut membabitkan 2,200 keluarga yang mana setiap keluarga dari DUN berkenaan akan menerima satu kampit beras.

“Sumbangan beras yang diberikan kepada penduduk kampung sejak semalam merupakan kali kelima bagi tahun ini kerana sebelum ini kita telah mengagihkan bantuan yang sama seperti beras dan makanan sebanyak empat kali kepada penduduk terbabit yang kurang berkemampuan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Abd Halim turut memberitahu pihaknya menggunakan khidmat anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu untuk mengagihkan bantuan beras kepada penduduk di Kampung Besut dan Hulu Seladang yang terjejas akibat banjir.

“Melalui bot APM, sebanyak 100 kampit beras telah dihantar kepada 100 keluarga di dua buah kampung tersebut.

“Sekiranya tidak menggunakan bot APM, kemungkinan penduduk terbabit akan mendapat bantuan beras dalam masa dua atau tiga hari lagi kerana kawasan rumah mereka ditenggelami air banjir,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda