Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bantuan Ringankan Beban Penoreh Musim Tengkujuh

By 22 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 22 Dis (Malaysiaktif) – Seramai 250 penoreh getah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah diraikan dalam sebuah majlis bantuan kewangan dan sumbangan barangan keperluan makanan.

ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim menyampaikan ucapan di hadapan penerima-penerima bantuan.

ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim menyampaikan ucapan di hadapan penerima-penerima bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim, berkata kolaborasi yang diusahakan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Pusat Khidmat DUN Tepoh bertujuan memudahkan urusan membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan.

“Usaha ini akan membawa pulangan yang bermanfaat buat seluruh rakyat dalam kawasan ini yang tidak dapat keluar menoreh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan termasuk masalah banjir yang melanda sebahagian penduduk di kawasan ini,” katanya ketika menyerahkan sumbangan, di sini kelmarin.

Bagi penoreh getah Hassan Yaakub, 53, beliau tidak mempunyai pekerjaan lain dan bergantung sepenuhnya kepada sumber atau hasil menoreh getah.

Hishamuddin Abdul Karim menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penoreh getah yang terjejas.

Hishamuddin Abdul Karim menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penoreh getah yang terjejas.

“Bantuan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban kewangan dan membolehkan untuk mendapatkan barangan keperluan harian untuk keluarga.

“Alhamdulillah, bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang prihatin dalam menyediakan bantuan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban untuk menjalani kehidupan harian,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda