Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Klinik e-Census Mudahkan Banci Komuniti Marang

By 23 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Afnan Hakimi Ab Aziz (Marang)

MARANG, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu menganjurkan Klinik e-Census di sekitar Daerah Marang bagi menggalakkan serta memudahkan masyarakat setempat untuk membuat pengisian e-Census secara dalam talian.

Penghulu Mukim Rusila Mohd Shukri A. Ghani 46, berkata usaha Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu menganjurkan Klinik e-Census ini adalah langkah yang tepat berikutan kebanyakan orang ramai yang tiada akses internet di rumah boleh datang dan diberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara mengisi borang bancian secara dalam talian.

“Pengisian secara dalam talian ini merupakan langkah yang terbaik bagi melindungi orang ramai daripada terdedah dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang.

Mohd Shukri A. Ghani 46, Penghulu Mukim Rusila hadir ke PMR Marang dalam program klinik e-census anjuran bersama Jabatan Perangkaan dan Jabatan Penerangan.

Mohd Shukri A. Ghani 46, Penghulu Mukim Rusila hadir ke PMR Marang dalam program klinik e-census anjuran bersama Jabatan Perangkaan dan Jabatan Penerangan.

“Melalui kaedah ini, penduduk tidak perlu bersemuka dengan para pembanci yang lazimnya sebelum ini melakukan temubual dari rumah ke rumah yang tidak diketahui tahap kesihatan mereka,” katanya ketika ditemui di Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Marang dalam Klinik e-Census hari ini.

Menurut Nawi Mohd, 79, beliau hadir ke Pusat Maklumat Rakyat Marang hari ini setelah mendengar hebahan berkaitan Klinik e-Census dari kenderaan bergerak Jabatan Penerangan Daerah Marang di sekitar Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Kerak, Marang kelmarin.

“Memandangkan saya sudah berumur dan tidak mempunyai akses internet di rumah, saya mengambil peluang untuk mendapatkan penerangan dan tunjuk ajar daripada kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu untuk melaksanakan bancian secara atas talian ini,” katanya.

Nawi ahmad, 79, antara yang hadir mengisi bancian dalam talian.

Nawi ahmad, 79, antara yang hadir mengisi bancian dalam talian.

Bagi Mohd Noor Mat Amin, 76, seorang penduduk yang hadir untuk mengisi bancian secara atas talian menyatakan bahawa aktiviti sebegini memudahkan beliau kerana diajar oleh pegawai yang terlatih bagi tujuan pengisian tersebut.

Mohd Noor Mat Amin, 76 berkata klinik e-census mudahkan beliau mengisi bancian secara atas talian.

Mohd Noor Mat Amin, 76 berkata klinik e-census mudahkan beliau mengisi bancian secara atas talian.

Kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu, Umi Fathihah Ibrahim 34, berkata Klinik e-Census ini adalah satu langkah bagi meningkatkan maklumbalas secara atas talian dan memberi peluang kepada Komuniti Bandar Marang yang melibatkan penjawat awam, swasta serta penduduk kampung yang berdekatan untuk mengisi e-Census.

Orang ramai yang hadir di Klinik e-Census di Pusat Maklumat Rakyat Marang pagi tadi.

Orang ramai yang hadir di Klinik e-Census di Pusat Maklumat Rakyat Marang pagi tadi.

“Klinik sebegini dilaksanakan setiap hari meliputi semua kawasan di Daerah Marang bagi memberi tunjuk ajar kepada orang ramai yang kurang mahir untuk melengkapkan bancian secara atas talian.

“Selain itu, kerjasama yang erat daripada pihak Pejabat Penerangan Daerah Marang yang turut membuat hebahan berkaitan klinik-klinik e-Census yang diadakan memberi impak yang sangat positif berikutan pertambahan penduduk kampung yang hadir untuk mengisi bancian secara atas talian terutamanya di kawasan luar bandar yang mana kebanyakkannya kurang mahir dalam menggunakan sistem atas talian,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda