Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PBDS, PPDS Hulur Sumbangan untuk Mangsa Banjir

By 14 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob (Setiu)

SETIU, 14 Dis (Malaysiaktif) – Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBDS) bekerjasama dengan Persatuan Pengadil Daerah Setiu (PPDS) memberi sumbangan makanan kepada keluarga mangsa banjir di Kampung Nyatuh, di sini.

Pengerusi PPDS Ismadi Ibrahim, berkata sumbangan makanan kepada 20 buah keluarga mangsa banjir yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga Pengerusi PBDS Marzuki Sulong, adalah sebagai tanda simpati kedua-dua persatuan tersebut terhadap mangsa banjir yang terkesan akibat bencana tersebut.

Marzuki Sulong (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kampung Nyatuh, Setiu, baru-baru ini.

Marzuki Sulong (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kampung Nyatuh, Setiu, baru-baru ini.

“Setiap keluarga mangsa banjir menerima bantuan makanan berupa beras, gula, biskut dan ikan sardin yang kesemuanya berjumlah RM1,000,” katanya.

Tambahnya, program kemasyarakatan ini disertai oleh 25 ahli Jawatankuasa PPDS serta PBDS sebagai tanda sokongan kepada masyarakat sekitar dalam menghadapi bencana.

“Selain tidak lupa kebajikan ahli-ahli persatuan, kami juga merancang untuk mengadakan pelbagai program kemasyarakatan di beberapa kampung di Daerah Setiu mulai tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pada program yang diadakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Nyatuh, baru-baru ini.

Barangan makanan yang akan diagihkan kepada 20 keluarga mangsa banjir di PPS Kampung Nyatuh, Setiu Terengganu.

Barangan makanan yang akan diagihkan kepada 20 keluarga mangsa banjir di PPS Kampung Nyatuh, Setiu Terengganu.

Ismadi turut memberitahu sekiranya tidak menganjurkan program kemasyarakatan ini, orang ramai hanya membayangkan NGO ini melakukan aktiviti kesukanan sahaja terutama kepada golongan muda.

“Perubahan ini akan dilakukan secara berperingkat dengan melaksanakan program gotong-royong membersih kubur dan masjid di Langkap dan Permaisuri tidak lama lagi.

Ahli Jawatankuasa PPDS dan PBDS bergambar bersama sebahagian penerima bantuan mangsa banjir (tengah) di PPS Kampung Nyatuh, Setiu, Terengganu.

Ahli Jawatankuasa PPDS dan PBDS bergambar bersama sebahagian penerima bantuan mangsa banjir (tengah) di PPS Kampung Nyatuh, Setiu, Terengganu.

“Program yang bakal dijalankan itu membabitkan ahli persatuan dengan masyarakat setempat yang secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan PPDS dan PBDS dengan masyarakat setempat,’’ katanya.

Untuk rekod, PBDS serta PPDS sering terbabit dengan penganjuran pertandingan bola sepak di daerah ini dan bantuan seumpama ini merupakan pertama kali diberikan kepada mangsa banjir.

-ii-

Tinggalkan komen anda