Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bidang Penulisan Tingkat Keyakinan Diri

By 22 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA NERUS, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Minat yang sangat mendalam terhadap bidang penulisan mendorong Farah Nabilah Mohd Anuwi, 20, berjinak-jinak menceburi dunia kesusasteraan sejak di bangku sekolah lagi.

Farah Nabila atau nama penanya Ara Ammara telah menyertai Pertandingan Sayembara Cerpen Merdeka 2020 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, baru-baru ini.

“Meskipun saya hanya memenangi hadiah saguhati, tetapi saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk mengetengahkan dan mengasah bakat di dalam bidang penulisan cerpen.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah menyerahkan Hadiah Saguhati kepada Farah Nabilah Mohd Anuwi kategori bagi kategori Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka 2020 di Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah menyerahkan Hadiah Saguhati kepada Farah Nabilah Mohd Anuwi kategori bagi kategori Pertandingan Sayembara Sajak Merdeka 2020 di Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

“Bukan itu sahaja, dengan menyertai pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan ia secara tidak langsung membina keyakinan diri saya untuk lebih berani mengutarakan idea-idea yang menarik dan dapat bersaing secara sihat dengan peserta-peserta lain,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut anak kelahiran Terengganu ini, pada awalnya pembabitan dalam penulisan bermula apabila beliau sering menghantar puisi dan cerpen untuk majalah sekolah.

“Ketika memasuki sekolah menengah, saya semakin aktif berkarya dan menghantar cerpen untuk disiarkan di majalah.

“Minat yang sangat mendalam di dalam penulisan membuatkan saya terus menerus menulis dalam menghasilkan cerpen yang berkualiti,” katanya.

Farah Nabilah Mohd Anuwi, 20, penyertaan berkenaan menjadikan dirinya lebih yakin dan mengasah bakatnya dengan lebih mendalam di dalam bidang penulisan.

Farah Nabilah Mohd Anuwi, 20, penyertaan berkenaan menjadikan dirinya lebih yakin dan mengasah bakatnya dengan lebih mendalam di dalam bidang penulisan.

 

Farah yang merupakan graduan perakaunan tahun ketiga di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu, turut bercerita mengenai kesukaran yang perlu beliau hadapi bagi menghasilkan Sayembara Cerpen Merdeka 2020 yang lalu.

“Selain daripada perlu menyiapkan cerpen pertandingan berkenaan, saya juga perlu menghantar tugasan pengajian mengikut tarikh matang yang ditetapkan serta menjalani peperiksaan akhir di universiti.

“Kesemua kesukaran saya hadapi dengan tabah dan tidak berputus asa dalam menghasilkan cerpen yang berkualiti bagi pertandingan berkenaan,” katanya.

-ii

Tinggalkan komen anda