Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Cakna PM Terhadap Mangsa Banjir di Kelantan

By 22 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been (Pasir Mas)

PASIR MAS, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, menghadiri Program Lawatan Cakna Mangsa Banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang, hari ini.

Ketua Jajahan Daerah Pasir Mas Nik Mohamed Noor Nik Ishak merangkap Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Pasir Mas, menjelaskan tahap kesiapsiagaan di semua pusat pemindahan telah diselaraskan secara lebih teliti, mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira situasi COVID-19 yang masih tiada penghujungnya.

“Lawatan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan serta penyaluran bantuan dan maklumat tepat dapat disampaikan oleh setiap agensi terlibat bagi membantu mangsa banjir di kawasan berkenaan dan seramai 154 mangsa banjir turut disantuni.

“Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh JKM Daerah Pasir Mas, sehingga kini ianya melibatkan 12 buah pusat pemindahan yang masih lagi dibuka dengan jumlah keluarga seramai 366 dan 986 mangsa terlibat,” katanya yang turut ditemui dalam lawatan kerja Perdana Menteri di negeri tersebut.

Perdana Menteri beramah mesra sambil menyampaikan kit bantuan bencana banjir kepada salah satu keluarga yang terlibat banjir.

Perdana Menteri beramah mesra sambil menyampaikan kit bantuan bencana banjir kepada salah satu keluarga yang terlibat banjir.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas Dr. Najihah Mahfuzah Zakaria, yang mengetuai misi bantuan bencana banjir, tahap kesihatan mangsa banjir yang terlibat akan diawasi setiap masa bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa banjir Aminah Abdullah, 59, cukup teruja menerima kunjunga Perdana Menteri.

“Saya rasa bertuah atas kecaknaan beliau yang sudi meluangkan masa dan menyelami keluh-kesah rakyat ketika ditimpa musihah seumpama ini,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob.

-NAZ

Tinggalkan komen anda