Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lelaki Nepal Maut Dilanggar Kereta Ketika Melintas

By 7 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

GOMBAK, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang warganegara Nepal maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di KM 12.3 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Ampang ke Gombak malam tadi.

Ketua Polis Dearah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kemalangan berlaku sekitar pukul 11.15 malam ketika pemandu kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Ampang menghala ke Petaling Jaya.

“Apabila sampai di KM 12.3 MRR2, tiba-tiba seorang pejalan kaki melintas dari bahu jalan kanan ke kiri secara mengejut.

“Pemandu cuba menghentikan kenderaan dan mengelak tetapi tidak berjaya lalu terlanggar pejalan kaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang berusia 29 tahun telah dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda