Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SHMMP Krismas 2020 Berkuat Kuasa 22-31 Disember, Libatkan 19 Barangan

By 18 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Facebook KPDNHEP

PUTRAJAYA, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2020 akan dilaksanakan selama 10 hari dari 22 hingga 31 Disember, melibatkan 19 jenis barangan, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Skim di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, katanya.

“Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Krismas 2020 melibatkan tiga hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan enam hari selepas hari perayaan,” katanya ketika mengumumkan SHMMP Krismas 2020 menerusi laman Facebook KPDNHEP hari ini. Krismas disambut pada 25 Disember.

“Walaupun perayaan Krismas 2020 disambut secara sederhana mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, permintaan terhadap barangan semasa perayaan Krismas tetap ada dan dijangka meningkat berbanding semasa bukan hari perayaan,” katanya.

Nanta berkata kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, daging kambing dan daging babi.

Barangan terlibat adalah :-

shmmp krismas 2020

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda